Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin

Sila join juga!! Klik je banner comel kat atas ^_^

  Assalamualaikum & Annyeong Haseyo earthling! Ok, first time tengok entry GA ni kat blog kak Miraa memang rasa terkejut beruk. Ye la, biar betul ada orang sanggup bagi camera canon free free je kan? Rupanya sebuah tabung. Memang smart lah! Nana terus berminat nak join. Memandangkan Cikgu Miraa nak kita ''buat ringkasan'' yang tidak kurang dari 50 patah perkataan, tentang sebab nak menang 'camera' ni. Baiklah! Ni la sebabnya :

  Nana teringin sangat nak menang tabung camera canon ni , sebab Nana nak menabung untuk beli camera canon. Ye la, kalau hari-hari nampak tabung ni dalam bilik, dapatlah beri motivasi & semangat kepada diri untuk menabung bagi mencapai matlamat yang diingini. Kita juga boleh belajar untuk berusaha sendiri. Setiap kali ada lawatan sekolah atau aktiviti, Nana selalu tengok kawan-kawan Nana bawa camera canon. Rasa teringin juga nak memiliki sebuah, tapi Nana sedar harga bukannya murah kan? Pernah juga terfikir nak minta ibu, tapi Nana tak nak menyusahkan dia. Lebih baik duit disimpan untuk sesuatu yang lebih penting kan? Kalau menang tabung ni, sekurang-kurangnya dapatlah merasa bagaimana memiliki sebuah camera canon sebenar. Bolehlah nanti, tangkap gambar dengan tabung canon ni, dan upload dalam facebook. Tentu semua ingat ni camero betul. Muahahaha ..... 

( 128 patah perkataan *tak termasuk perkataan 'Muahahaha'*)


Nana pun tak pasti Nana kira betul ke tak. Sebab pening nak kira perkataan kat laptop. Lainlah kalau kat kertas. Ok, Nana tak nak merapu lebih panjang. Takut nanti Cikgu Miraa pening baca. Semoga Nana ada rezeki, AMIN!! Harap cikgu Miraa terpikat dengan entry Nana yang sedikit banyak merepek ni!! :')

*Comel blog & doodle dalam blog akak ... ^_^
*Minta izin letak banner di sidebar ... :)

Makhluk Tuhan paling comel yang di-tag : Puteri | Daylia

2 comments:

Ƞurul Ƨyafiqah said...

Good luck awak ! Datang dari GA sama, jemput baca ;)

http://nurull-syafiyqa.blogspot.com/2013/04/giveaway-canon-camera-by-miraa-hussin.html

Unknown said...

salam ukhwah , dari GA yang sama :) jemput join :P follow me :))
http://awekbananana.blogspot.com/2013/04/giveaway-canon-camera-by-miraa-hussin.html

♥☺
Hello semua!! Dah lama Nana tak buka blog. Dah berhabuk pun blog ni. Tapi kini Nana update blog ni dengan EXO!! haha.... minat EXO tak? 6=6=1 ... WE ARE ONE!!! yeaayyyy.... >.<