10 Sebab Running Man Sangat Popular


  Assalamualaikum & Annyeong Haseyo semua!!! Dah hampir sebulan Nana tak update blog. Nana tengok memang dah berhabuk dah blog ni. Mana-mana GA baru pun Nana tak join. Ye la, sejak akhir-akhir ni sibuk dengan hal sekolah. Exam mid year pun dah nak dekat ni. Haish... tak tidur malam lagilah nampaknya ni ... & 4 hari ni, Nana demam teruk. Nasib baik dah sembuh. Alhamdulilah, Nana tengok peserta The 2nd happy GA pun bertambah. Nana dah update senarai peserta haritu ^_^
Korang layan Running man tak??? Mestilah ramai yang layan kan? Haritu, Nana demam-demam pun sempat boleh layan Running man kat laptop. Nana tengok episod olimpik yang banyak tetamu jemputan idola K-Pop iaitu Sulli f(x), Min Ho Shinee, Kwang Hee Ze:a , Yong Hwa & Jong Hyun CnBlue, L Infinite, Lee joon Mblaq. Apalagi tengok Kwang Soo sepak "harimau Jong Kook" tu... haha sengaja cari pasal! Memang best sangat tengok!!!! Nak tahu kenapa Running man ni popular sangat??

1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat!!! XP

Betut tak? Betul tak? Hehe .... :)


*Ace Ji hyo memang comel , minat Monday couple :D

Sumber : Sini

3 comments:

miss anis said...

YEAYY betul ! jongkook tiger . hahaha

Misz Nadia_Kim Nana (나나 김) said...

Haha... kesian Kwang Soo yang selalu kene buli >.<

Cik Aida™ said...

betul3,
running man memang best! :D

♥☺
Hello semua!! Dah lama Nana tak buka blog. Dah berhabuk pun blog ni. Tapi kini Nana update blog ni dengan EXO!! haha.... minat EXO tak? 6=6=1 ... WE ARE ONE!!! yeaayyyy.... >.<