Perang K-popers vs Bunkers


   
  Hai semua!!! Assalamuaikum~ Bersama dgn saya lagi!!! Misz Nana or Chaca!! >.< . Seriously, dah lama gile tak update blog ni... dah beberapa bulan semenjak nak pmr. Tapi sekarang Alhamdulilah, Pmr telah pun lama selamat dilalui. Hehe... First of all, Nana nak minta maaf sebab dah terlalu lama tak update blog. Sampai berhabuk blog ni ... *sedih*. Tapi tak apa, mulai sekarang, Nana akan sentiasa update, araso?

  Ok semua, tengok tajuk post ni je korang mesti dah tau punya kan? Ada aura-aura panas gitu... Isu yang sangat panas melanda Malaysia ni... Well, seperti yang korang semua tahu, Nana memang K-popers. Actually, semua pun sebenarnya mesti dah tau juga yang isu ni bermula ketika berlangsungnya Shout Award 2012. Well, si Sam Bunkface ni ada cakap statement yang mengejutkan semua : IF YOU ARE ROCK FAN, BEWARE OF THE LAST PERFOMANCE ... Haha, seriously Sam... WHY SO SERIOUS? >.<


  Apa yang lebih teruk, ada anti2 K-pop yang baling benda kat Nuest & Vixx masa kat Shout Award hari tu. Well, tu betul-betul dah melebihi batas menurut Nana *Bukan sebab Nana ni k-popers ok?*. But seriously, mana budi bahasa yang selama ni kita pelajari. Lagipun kita selalu nampak iklan berbudi bahasa kat tv. Kita pun belajar pendidikan agama/pendidikan moral. Nana tak nak menyalahkan siapa-siapa tapi Nana sendiri berharap perkara macam ni tak berulang lagi sebab benda-benda ni boleh merosakkan imej negara. Apala orang luar akan fikir kalau dorang tau ada hal macam ni berlaku. Lagipun,
rasa lebih malu pula bila Nuest & Vixx sendiri cakap orang-orang Malaysia baik & bersopan santun. Haish..... T.T

  Tak salah nak menyuarakan pendapat, tapi menurut Nana tak usahlahkan nak memburuk-burukkan orang lain. Kan sekarang K-popers dah mengamuk? Kehilangan fans pun ada tau. Sepatutnya tak usahlah nak buat statement yang memburukkan orang. Untuk berjaya, kita sepatutnya berusaha untuk lebih memperbaiki diri. *Untuk bunkers yang membaca jangan terasa ok? ;)*. Kita semua ada hak masing-masing untuk tentukan siapa yang kitorang minat >.<

  Nana pun dah tengok Melodi ahad lepas & Nana yakin 100% yang K-popers mesti ''berasap seluruh tubuh''. Rilex K-popers, tak perlulah kita membazirkan emosi kita. Biarkan je... lama-lama  pun isu ni pasti akan reda juga. Kepada Anti K-pop yang suka mengutuk-mengutuk K-pop tu pun kita biarkan je la. Lama-lama dorang pun penat juga nak mengutuk.


 Bagi Nana, its ok untuk minat K-pop. Maybe betul, ada artis-artis K-pop buat plastic surgery, membuka aurat, jual muka je... But, well. Sekurang-kurangnya diorang ada bakat & kesungguhan. Tapi tak semua artis K-pop macam tu. Kebanyakan dorang memang natural beauty. Kenapa kita tak tengok dari sudut positif? Memangla ada sudut negatif juga tapi kita tak perlu la ikut kan? Asalkan kita tak terlalu taksub & terlebih fanatik sudahla. Itu dah sampai tahap teruk. Tak perlu la sampai lupakan study, family, agama & lain-lain. Araso? ;)


  & untuk K-popers2 Malaysia, korang mesti tak hanya layan K-pop je kan? Mesti ada support artis-artis local juga seperti Yuna, mizz Nina, Dato Siti, Shiela Hamzah & lain-lain. Dorang semua mempunyai bakat & kualiti muzik yang ''ZZANG!!''. Bak kata PSY :'' jangan pernah berhenti untuk mengejar impian kita ''. Jadi, jangan pula nak salah faham yang k-popers ni hanya layan muzik korea je. Na... na... na... tu sama sekali tak betul. Nana pun bangga jadi rakyat Malaysia, ok? :)


  Ok, sampai sini sahaja, penat sudah Nana membebel. Always rilex & keep calm ok? Bye2!!! ^.^



Ok, bagi siapa-siapa yang belum tengok ep Melodi yang Nana maksudkan tu, ni dia :



Tenang ye wahai semua K-popers ... WHY SO SERIOUS? >.<



Oh ye! Chaca nak share 1 lagi video. Ni masa 2am datang buat konsert kat Malaysia baru-baru ni. Percaya atau tak, 2am nyanyi lagu melayu babe!! Dorang nyanyi lagu : Dafi - Bila Terasa Rindu



Apa yang kita rasa bila orang luar cuba nyanyi lagu bahasa kita? Seronok kan? Bangga kan? Nana dengar-dengar dari 1am( nama peminat 2am) yang pergi ke konsert tu cakap 2am berusaha sebaik mungkin untuk cuba berbahasa melayu walaupun ada beberapa perkataan yang ''lain sikit bunyinya''. Tapi dorang tetap dah berusaha untuk belajar bahasa ibunda kita. Hehe... Kamsahamnida 2am!! Daebak!! XD

3 comments:

Sayrmili said...

Btol3! Bunkface bangang! Bajet je lebih

Anonymous said...

Masalah mamat tu konon hero lah, sebab mempertahankan hak diorang & penyanyi tempatan y lain.. tp ape salahnya kalau bersaing cara baik. xyah nak kutuk sgt. tak pasal rakyat malaysia kt Korea y xtaw apa kena tempias pula. betol x?

Misz Nadia_Kim Nana (나나 김) said...

well, tu la... sepatutnya tak baik kutuk2. Juz cuba bljr & ambil strategi dr artis2 korea. Mcm mana dorg boleh berjaya mcm skrg. Dulu pn mana ada org kenal k-pop :)

♥☺
Hello semua!! Dah lama Nana tak buka blog. Dah berhabuk pun blog ni. Tapi kini Nana update blog ni dengan EXO!! haha.... minat EXO tak? 6=6=1 ... WE ARE ONE!!! yeaayyyy.... >.<