Tanda-tanda dia suka?

Assalamualaikum semua!!! Hari ni, Nana nak update pasal tanda-tanda seorang lelaki suka kat korang. Nana pun tak tahu kenapa nak update post macam tapi ada seorang bestie Nana ada masalah macam ni. Dia confuse dengan seorang kaum adam tu sama ada suka dia atau tak. So, Nana pun try nak tolong. Nana sebetulnya bukan jenis ''jiwang-menjiwang'' ok? >.<
Ok, bagi yang punya masalah macam bestie Nana ni mesti dah tak sabar nak tahu kan? Jom! Jom!


“Based on a Psychological Study, CRUSH only lasts for a minimum of 4 months. If it exceeds, you are already in love.”
Fuyoo... betul ke ni? >.<




Clue 1 : Suka Tengok XP
Pernah tak korang perasan yang dia tu suka sangat tengok korang. Korang kat mana-mana je mesti ternampak dia tengah tengok korang. Tapi, bila korang tengok dia balik, dia mesti cepat-cepat berpaling tengok tempat lain. HAHA! Kenapa? Dia malu la tu. Dah nampak sangat dia minat korang. Kantoi XD

Clue 2 : Mata Shining-shining
Well, kalau korang perasan yang dia tengok korang dengan mata shining-shining (ala, macam dalam kartun tu) atau yang lebih dasyat dia tersenyum lebar tengok korang (ni dah kes angau sangat kot). Maknanya dia ada feeling la tu. Tapi jarang kot kita boleh nampak petanda macam ni (dalam sinetron banyak) sebab lelaki ni suka menyembunyikan perasaannya apalagi jenis lelaki yang pemalu :p


Clue 3 : Apa yang lawaknya?
Sudah menjadi lumrah jika kita semua mesti pernah buat lawak 10 sen @ lawak tak lawak ataupun lawak tak menjadi. Tapi pernah tak korang perasan dia tetap ketawa terbahak-bahak walaupun lawak korang tu tak layak pun masuk uji bakat lawak sekampung....?? =.=?

Clue 4 : I will follow u ~~
''eh? dia ada kat sini juga?'' pernah tak korang cakap macam tu kat member korang bila selalu terserempak dengan dia. Atau korang rasa dia selalu ada kat tempat-tempat yang selalu korang pergi. Well, orang tua-tua cakap ada jodoh ........ ataupun dia sebenarnya........ takkan stalker kot??! Jangan salah faham dulu. Maybe dia cuma nak tengok korang selalu atau nak dekat dengan korang. Contoh situasi : Bila kat kantin, dia selalu ada kat meja hadapan walaupun setiap hari meja yang korang duduk berlainan. Macam kat gambar ni pula >.< :


Clue 5 : Kawan oh kawan~
Tiba-tiba je korang perasan yang geng dia pandang korang semacam. Tak pun salah seorang member dia bagi korang isyarat-isyarat pelik yang korang sendiri tak faham. Contohnya, menunjuk-nunjuk ke arah dia atau apa-apa je la. Ataupun korang ternampak member dia bercakap sesuatu dengan dia sambil memandang atau menunjuk-nunjuk korang. Tapi yang lebih parah bila member dia jerit nama korang atau apa-apa ayat yang memang ditujukan khas untuk korang. Lebih ketara bila korang ternampak muka dia merah padam. Kantoi la tu. Memang susah kalau ada member sakai macam ni. Tak dapat simpan rahsia langsung. Nana pun ada seorang member macam ni >.<

Clue 6 : Sengaja tak sengaja?
Pernah tak dia dengan 'tak sengaja' terlanggar korang. Ataupun memang selalu terlanggar korang? Hurmm... kalau dah selalu sangat terlanggar tu dah tak logik la kan? >.<

Clue 7 : eye game
Info ni Nana dapatkan dari majalah Klik. So, Nana nak share bagi sesiapa yang tak beli majalah klik. Lebih kurang macam clue 1 tadi tapi kalau korang nak uji sama ada dia betul-betul tengok korang apa kata try ni. Kalau korang ternampak dia tengah pandang korang lagi, korang pandang dia balik then cepat-cepat alihkan pandangan. Kira dalam hati dalam masa 10 saat, pandang dia balik. Kalau dia masih pandang korang, game over! Mungkin dia memang minat korang >.<

Clue 8 : I'm not a Monster =..="
Bila dia dekat dengan korang je, dia nampak macam nervous @ gemuruh seolah-olah masuk american idol. Pastu nak cakap pun tergagap-gagap. Ataupun senang cerita dia seolah-olah cuba nak cakap sesuatu tapi tak jadi... mesti ada sesetengah korang geram dengan sikap lelaki macam ni. Ye la kita ni bukan monster pun yang takut sangat kenapa. Tapi korang kene faham mungkin dia ni mungkin malu tau segan :3

Clue 9 : Cari pasal??? -'-
Pernah tak korang selalu je berhadapan dengan lelaki yang suka cari pasal dengan korang. Contohnya, dia selalu sangat suka menjengkelkan , mengacau atau mengejek-ejek korang. Kalau ye, BEWARE. Kemungkinan sebenarnya dia suka kat korang. Mungkin dia sengaja nak tengok korang marah yang menurutnya cute. Ataupun selalu nak dekat dengan korang. Member Nana banyak kes macam ni so tak mustahil ok?

Clue 10 : Saya peminat awak!!!
Ok, kepada yang minat k-pop siapa bias korang?! Kalau Nana memang minat Kevin U-kiss, Yosoeb B2st, Min hyuk Btob & banyak lagi la!! >.< . Apa kene mengene dengan clue ni ea? Macam ni, kalau kita dah minat seseorang tu mesti kita nak tahu semua benda pasal dia kan? Macam Kevin, Nana tahu dia minat warna biru, Yosoeb golongan darah b & Min hyuk lahir 28 november! Sama la macam 'dia' korang tu. Kalau dia tahu warna, makanan, minat fav, fb, twitter, blog bahkan rumah korang, semua pasal korang, nampak sangat dia minat korang :)

Clue 11 : Clue dari dia sendiri
''Aku suka hairstyle ko la'' , ''cantik pula ko hari ni! minum jamu apa?'' , ''aku suka la ko ni smart''. Pernah tak korang dengar ayat-ayat macam ni atau lebih kurang dari dia? Sama ada dengan nada biasa atau bergurau. Kalau ye mungkin dia memang cuba nak sampaikan yang dia sebenarnya suka korang dengan cara 'tersembunyi' :D

Clue 12 : My Angel?
Ni untuk jika korang & dia mula rapat. Kalau dia mula bercerita tentang masalah keluarga, kawan-kawan & even tentang ex. Yang pasti korang rasa dia bersikap lebih ''open'' kat korang. Ataupun ada orang cuba mengacau & ejek korang lalu dia membela korang. Mungkin dia memang dah suka dengan korang :)

Clue 13 : Our Bestie
Jika korang pernah terdengar dari bestie-bestie korang yang dia selalu bertanya pasal korang, itu lebih ketara. Tapi jika dia tiba-tiba cuba rapat dengan bestie-bestie korang memang lebih jelas la.

Clue 14 : Bagi hadiah walaupun bukan birthday
Kalau dia selalu sangat bagi korang hadiah sama ada coklat, pen, teddy bear (kalau ada), mungkin dia memang minat korang ^.^

Clue 15 : Me? Special?
Korang selalu nampak dia macam acuh tak acuh kat perempuan lain. Tapi bila dengan korang lain pula. Korang selalu rasa yang dia layan korang berbeza dari perempuan-perempuan lain. Maknanya dah jelas lah kan? *pheiwit!!* >.<

Sebenarnya banyak lagi clue tapi penatlah Nana nak menaip semua... hehe... So, Nana harap artikel ni membantu bagi korang yang confuse. Oh ye! Jangan sampai abaikan pelajaran sudah XP . Annyeong!!! ^.^

11 comments:

Anonymous said...

>.<

Riiri Shin said...

xD

Misz Nadia_Kim Nana (나나 김) said...

Pesal ko Riiri Shin? terasa ke XP

Anonymous said...

testing testing... 123 ...

Anonymous said...

ntah lha. btul lha tu

Unknown said...

nape xtlis bnyk lg ??
cantik sangat2 blog neh ..

Unknown said...

sye nak tye adew sorg perempuan ni kja kat kdai pc soo sye bli brg ye skit so sye ty kja ksg dy cp x d pastu sy wat lwak skit dy gle so sy berdar pda 2 hri lpas sy g dai y smla so sy bli brg pc dy mla mngur sye dh dpt kja blom so sy jwab blom so dy amek no sy n nme sy lpastu dy mcm tk tntu arah so sye n blik dy tnung sye dgn tnungn yg tjm

Anonymous said...

klu dia suka cari pasal mcm mana pula tu? contoh , klau kita cakap sesuatu yang tak ada kaitan dengan dia.. pastu dia tiba2 perli kita..kadang2 dia mcm sngaja ckp bnda yg mnyakitkan hati.. -a.f-

Anonymous said...

jodoh di tangan ALLAH ..kita nie hnya merancang sahaja ,ALLAH yang menentukan ;]..Well, a true love takkan pernah hilang di dunia nie..cinta sejati adalah segala-galanya..

Anonymous said...

My friends told me that on http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! I just tried that! (1Po9g4W84K)

Fahimah Faimin said...

clue no 9 seriously menakutkannnn .. i ada pengalaman psl ni and i slalu mmpi dia omgggg

♥☺
Hello semua!! Dah lama Nana tak buka blog. Dah berhabuk pun blog ni. Tapi kini Nana update blog ni dengan EXO!! haha.... minat EXO tak? 6=6=1 ... WE ARE ONE!!! yeaayyyy.... >.<