Banyak nak cerita & Jom exchange link!

  Assalamualaikum!! Annyeong Haseyo semua!! Dah beberapa hari ni Nana tak update. Maklumla, sibuk dengan hal persekolahan kan? Sentap juga doe bila tengok akhir-akhir ni jumlah page view & follower menurun. Ye la, sebab Nana dah tak ada masa sangat nak blogwalking macam selalu dah ... 

  Hari pertama sekolah tidak begitu mengembirakan Nana sebab Nana masuk kelas yang Nana tak mohon. Pelik je sebab masa isi borang tahun lepas Nana pilih Sains Fizik Akaun, tapi tau-tau je Nana masuk Sains Reka Cipta?? Tak apalah, masih ada 2 minggu untuk Nana tentukan sama ada nak pindah kelas atau tak . Tapi yang bestnya, ada pelajar baru kat kelas Nana. Melayu , perempuan. Happy juga sebab TAK PERNAH ada pelajar baru melayu sebelum ni. Maklumla, Nana kan sekolah cina. 



  Satu lagi yang menyedihkan Nana ialah nampaknya segmen pertama Nana & bestie Riiri tidak begitu mendapat sambutan. Walaupun dah seharian Nana menghadap laptop mempromosikan segmen ni di hampir 1000 blog di Malaysia ni tetap beberapa orang sahaja yang sudi join segmen ni. Nak dikatakan syarat-syarat berat tak lah mana. Nana tengok segmen lain syarat lagi berat, kene like & follow sponsor yang panjang berjela. Hrmm... entahla? Kalau sampai tarikh tamat peserta masih belum mencecah 20 orang, terpaksa la segmen ni dibatalkan.  ...  (sediyh giler ni)

  Ok, Nana nampak sekarang blog ni dah ada 91 follower, 9 je lagi untuk mencecah 100. Terima kasih banyak-banyak Nana ucapkan untuk 91 earthling tersebut. Sebenarnya, Nana rancang nak buat GA sendiri sempena 100 follower yang akan datang. Tapi, Nana dah tak yakin lagi nak buat segmen/GA sebab yang sekarang je tak dapat sambutan. So, Nana nak minta pendapat korang patut ke Nana buat GA lagi? Maybe sempena annivesary blog? 100 follower? 150 follower? 200 follower? Sebab Nana rancang nak buat GA aksesori. Comment maybe? (Macam la ada orang nak comment )

  Ok, berita happy pula! Nana nak ucapkan terima kasih kepada Mrs.Wanida sebab pilih blog ni sebagai salah satu pemenang Segmen Blog Chomel.  Alhamdulilah, Nana dapat menang saguhati. Ingatkan tak dapat menang apa-apa langsung... ngee  <--- (nampak sakai macam saya :p)

  Oh ye! Nana ada buat page baru khas untuk exchange link & banner. Bagi siapa-siapa yang minat nak exchange banner & link tak usah malu-malu & segan-segan, inform je kat c-box atau comment box page 'exchange section', araso? 

  Dah! Tu je Nana nak nak cakap. Penatlah nak menaip lama-lama... heee...  & dengan gembiranya, Nana nak ucapkan Happy birthday kepada bias ke-2 Nana, Yang Yo Seob oppa!!! Saengil Chuka Hamnida!!! 


 My cute oppa... Kyeopta!! Korang ada? Hehe ......


4 comments:

Mrs.Wanida said...

Tq sebab credit my name.. Hikhik..
Boley jek buat GA..
bg keronsang ker.. pe2 lah..
hadia pos minggu depan yek..

Misz Nadia_Kim Nana (나나 김) said...

Ok kak! Hehe :)

Sabella Mohamad said...

belajar leklok ye dik . kak bella da jd lepasan spm . hihi seronaknyeeee ;p

Misz Nadia_Kim Nana (나나 김) said...

Ok! tengkiu :D

♥☺
Hello semua!! Dah lama Nana tak buka blog. Dah berhabuk pun blog ni. Tapi kini Nana update blog ni dengan EXO!! haha.... minat EXO tak? 6=6=1 ... WE ARE ONE!!! yeaayyyy.... >.<